Tuesday, August 18, 2009

Perasmian Mesyuarat Kelompok UMNO Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda & Puteri UMNO Cawangan





UMNO Bahagian Ayer Hitam sekali lagi melakarkan sejarah dengan terlaksananya Majlis Perasmian Mesyuarat Secara Berkelompok UMNO Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan-cawangan. Majlis disempurnakan oleh YB. Dato' Seri Haji Mohd. Shafie Bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.Di dalam ucapannya YB. Dato’ Seri mengucapkan ribuan terima kasih kepada UMNO Bahagian Ayer Hitam di atas kesudian menjemput beliau untuk merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Cawangan-Cawangan Berkelompok UMNO Bahagian Ayer Hitam. Ini merupakan kali pertama beliau sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia merasmikan Mesyuarat UMNO Cawangan Berkelompok. YB. Dato’ Seri juga menyatakan bahawa beliau turut menjalankan tugas dan bertanggungjawab sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah. YB. Dato’ Seri turut berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan sebaik mungkin. Beliau menyatakan bahawa dengan adanya sokongan dari ahli-ahli UMNO khususnya UMNO Bahagian Ayer Hitam maka beliau dapat mencapai kedudukan seperti pada hari ini.

YB. Dato’ Seri juga mengucapkan tahniah kepada UMNO Bahagian Ayer Hitam kerana telah memainkan peranan sebagai jentera parti sehingga memenangkan calon-calon Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum yang lalu. YB. Dato’ Seri turut menyeru ahli-ahli UMNO untuk sama-sama bangkit bersatu dan bekerja supaya perjuangan dapat ditingkatkan dan dikukuhkan. Beliau juga berharap agar rakyat dapat menjiwai Gagasan Satu Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia demi kepentingan bangsa dan Negara.

Peringatan diberikan kepada ahli-ahli UMNO agar tidak memandang ringan segala cabaran yang sedang dan akan dihadapi oleh Parti. Beliau turut berharap agar ahli-ahli UMNO mengambil iktibar apa yang berlaku di negeri Perak. Beliau yakin UMNO tidak akan berkubur sekiranya ahli-ahli UMNO bersatu dan berjuang dengan ikhlas. Jangan hanya mementingkan kedudukan dan pangkat sahaja kerana tanpa kedudukan dan pangkat, kita masih boleh menyumbang. Sesungguhnya, Allah SWT akan memberikan ganjaran kepada hambanya yang ikhlas

YB. Dato’ Seri juga memaklumkan bahawa kementerian telah membelanjakan peruntukan yang besar dalam penyediaan prasarana untuk masyarakat Luar Bandar. Namun, beliau mengingatkan bahawa bukan sahaja pembangunan infrastruktur dan prasarana sahaja yang perlu diberikan penekanan, namun apa yang lebih penting adalah pembangunan Modal Insan itu sendiri.

No comments:

Post a Comment