Tuesday, November 3, 2009

'Kuda' Ku Dah Tua..

Semalam, saya dan beberapa orang kawan duduk melepak di sebuah warung..saja dok bersembang dengan kawan-kawan yang lama saya tak jumpa. Ada sekumpulan pakcik sedang sakan berborak dan topik yang dibincangkan itu bagi saya amat menarik.. Tajuk perbincangan berlegar tentang kenderaan mereka yang telah melebihi usia 15 tahun.Berdegar-degar mereka berbincang tentang saranan bahawa kereta yang melebihi 15 tahun perlu menjalani pemeriksaan PUSPAKOM. Sudah semestinya mereka sepakat menolak cadangan berkenaan.Bagi mereka, hanya itu lah kenderaan yang mampu mereka gunakan dan tak mungkin pakcik-pakcik yang duduk di kampung ini mampu untuk membeli kenderaan yang lain. Kata salah seorang pakcik tersebut," aku nie, kalau drive tak lebih dari 80 kmsj..kalau tekan lebih..menggigil enjin aku tuh..risau aku..kalau betul la syarat nie wajib..takut tak lepas ujian tuh..kereta tuh je la yang aku ada".

Syarat tersebut sudah pasti lebih membebankan mereka..menambahkan lagi senarai perbelanjaan yang perlu dilakukan. Saya sendiri bersetuju bahawa keselamatan pengguna kenderaan itu sendiri dan pengguna jalan raya yang lain sangat penting. Namun, sejauh manakah kenderaan 'tua' ini menyumbang kepada statistik kemalangan?? Bukankah kereta-kereta baru yang banyak terlibat dalam kemalangan?Maklumlah, kereta baru.. tekan minyak pun sedap jer kan..

Apa yang lebih penting, kemalangan bukan hanya disebabkan oleh faktor keadaan kenderaan sahaja tetapi apa yang lebih penting adalah sikap pemandu itu sendiri. Pemandu yang cuai dan tidak memikirkan keselamatan diri dan orang lain lah yang menyebabkan kemalangan. Seorang pemandu yang baik akan memastikan kenderaannya akan dapat berfungsi dengan baik dan menjaga keselamatan diri serta orang lain. Patuhi undang-undang jalan raya dan peka dengan keadaan semasa memandu. Mensyaratkan agar kenderaan berusia 15 tahun menjalani ujian PUSPAKOM tidak akan dapat menyelesaikan masalah kemalangan. Kasihan kepada mereka yang telah cukup terbeban.



P/S jenguk-jenguk la masalah premium insurans yang semakin tinggi..jangan la bebankan
lagi dengan kos yang lain..Rakyat Didahulukan....