Thursday, August 27, 2009

UMNO api-apikan sentimen perkauman?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..Puteri tidak faham, kenapa UMNO pula yang disalahkan atas kekalahan di dalam Pilihanraya Kecil di Permatang Pasir? Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan ni kata, UMNO mesti hentikan mengapi-apikan sentimen perkauman dan keagamaan menerusi media iaitu Utusan Malaysia .. apa kejadah nya pulak.. dia kata ia membuatkan rakyat jijik di kalangan rakyat.. MCA sendiri memainkan peranan dan menggerakkan jenteranya dengan semaksimum mungkin kah?? berjayakah MCA menarik kembali sokongan pengundi Cina terhadap BN?? Jangan la nak menuding jari sesuka hati..sebaik-baiknya renung sendiri peranan masing-masing as parti komponen di dalam BN..UMNO merupakan teras utama dalam Barisan Nasional..Jangan nak berdolak-dalik la.. semua parti memperjuangkan bangsa masing-masing..Kawan-kawan tolong teliti kenyataan di bawah yang saya petik dari http://merdekareview.com

Pemuda MCA Wilayah:
Jangan gali kubur sendiri


| Aug 26, 2009 06:07:45 pm


Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng membidas Utusan Malaysia kerana memainkan isu perkauman, sehingga menimbulkan rasa jijik di kalangan rakyat. Chiew menggesa agar semua parti komponen melihat ini sebagai "loceng amaran" kepada BN, dan menuntut agar UMNO berhenti mengapi-apikan sentimen perkauman.

Chiew (gambar kiri) melihat kekalahan BN di pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir membawa erti bahawa mainan isu kaum dan agama tidak menampakkan kesan, kerana rakyat mahukan pentadbiran yang terbuka dan pendekatan yang sederhana.

Chiew berkata, walaupun undi yang diperolehi BN tidak jatuh merudum, tetapi BN seharusnya meneliti punca mengapa tiada penambahan undi kepada BN.

"Sesungguhnya, tiada pengurangan undi adalah sesuatu yang baik. Tetapi kita perlu memandang berat mengapa tiada penambahan undi yang nyata untuk BN," tambahnya.

Chiew menganggap bahawa mainan isu perkauman oleh Utusan Malaysia telah mencetuskan rasa jijik di kalangan rakyat, dan UMNO perlu menyedari kesan yang serius daripada fenomena ini.

"Perbuatan Utusan Malaysia untuk memainkan isu perkauman dan agama telah menimbulkan rasa jijik antara kaum. Kesan seriusnya cukup untuk mempengaruhi keputusan parti komponen dalam pilihan raya umum yang akan datang," katanya.

Beliau berkata, UMNO yang juga merupakan parti komponen BN perlu menjaga reputasi BN keseluruhannya. Pada hemat beliau, demi kepentingan BN bersama, UMNO tidak harus membiarkan Utusan Malaysia untuk memainkan isu perkauman sewenang-wenangnya.

Chiew berkata tindakan Utusan Malaysia telah menjejaskan usaha Perdana Menteri.

"PM mengamalkan sikap keterbukaan dalam pentadbirannya, agar keyakinan umum dipulihkan. Tetapi Utusan Malaysia menghasut di sebaliknya, menyebabkan BN kehilangan kepercayaan rakyat," kata Chiew.

Chiew berpendapat, BN perlu mengamalkan pentadbiran yang terbuka, memantau agar dasar yang memanfaatkan rakyat terlaksana, dan bukannya memainkan isu perkauman.

"Kalau memainkan isu perkauman dan mengabaikan pentadbiran, ia bagaikan menggali kubur sendiri. Seandainya perbuatan irrelevant ini tidak diubah, dijadikan sebagai amaran, maka kita akan dikuburkan pada PRU ke-13. "

Oleh itu, Chiew menggesa agar parti komponen menekan "loceng amaran", menuntut agar UMNO berhenti mencungkil sensitiviti perkauman di media Melayu.

*Kenyataan media ini dikeluarkan oleh Chiew Lian Keng, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, dalam bahasa Cina.

No comments:

Post a Comment