Thursday, August 27, 2009

UMNO api-apikan sentimen perkauman?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..Puteri tidak faham, kenapa UMNO pula yang disalahkan atas kekalahan di dalam Pilihanraya Kecil di Permatang Pasir? Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan ni kata, UMNO mesti hentikan mengapi-apikan sentimen perkauman dan keagamaan menerusi media iaitu Utusan Malaysia .. apa kejadah nya pulak.. dia kata ia membuatkan rakyat jijik di kalangan rakyat.. MCA sendiri memainkan peranan dan menggerakkan jenteranya dengan semaksimum mungkin kah?? berjayakah MCA menarik kembali sokongan pengundi Cina terhadap BN?? Jangan la nak menuding jari sesuka hati..sebaik-baiknya renung sendiri peranan masing-masing as parti komponen di dalam BN..UMNO merupakan teras utama dalam Barisan Nasional..Jangan nak berdolak-dalik la.. semua parti memperjuangkan bangsa masing-masing..Kawan-kawan tolong teliti kenyataan di bawah yang saya petik dari http://merdekareview.com

Pemuda MCA Wilayah:
Jangan gali kubur sendiri


| Aug 26, 2009 06:07:45 pm


Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng membidas Utusan Malaysia kerana memainkan isu perkauman, sehingga menimbulkan rasa jijik di kalangan rakyat. Chiew menggesa agar semua parti komponen melihat ini sebagai "loceng amaran" kepada BN, dan menuntut agar UMNO berhenti mengapi-apikan sentimen perkauman.

Chiew (gambar kiri) melihat kekalahan BN di pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir membawa erti bahawa mainan isu kaum dan agama tidak menampakkan kesan, kerana rakyat mahukan pentadbiran yang terbuka dan pendekatan yang sederhana.

Chiew berkata, walaupun undi yang diperolehi BN tidak jatuh merudum, tetapi BN seharusnya meneliti punca mengapa tiada penambahan undi kepada BN.

"Sesungguhnya, tiada pengurangan undi adalah sesuatu yang baik. Tetapi kita perlu memandang berat mengapa tiada penambahan undi yang nyata untuk BN," tambahnya.

Chiew menganggap bahawa mainan isu perkauman oleh Utusan Malaysia telah mencetuskan rasa jijik di kalangan rakyat, dan UMNO perlu menyedari kesan yang serius daripada fenomena ini.

"Perbuatan Utusan Malaysia untuk memainkan isu perkauman dan agama telah menimbulkan rasa jijik antara kaum. Kesan seriusnya cukup untuk mempengaruhi keputusan parti komponen dalam pilihan raya umum yang akan datang," katanya.

Beliau berkata, UMNO yang juga merupakan parti komponen BN perlu menjaga reputasi BN keseluruhannya. Pada hemat beliau, demi kepentingan BN bersama, UMNO tidak harus membiarkan Utusan Malaysia untuk memainkan isu perkauman sewenang-wenangnya.

Chiew berkata tindakan Utusan Malaysia telah menjejaskan usaha Perdana Menteri.

"PM mengamalkan sikap keterbukaan dalam pentadbirannya, agar keyakinan umum dipulihkan. Tetapi Utusan Malaysia menghasut di sebaliknya, menyebabkan BN kehilangan kepercayaan rakyat," kata Chiew.

Chiew berpendapat, BN perlu mengamalkan pentadbiran yang terbuka, memantau agar dasar yang memanfaatkan rakyat terlaksana, dan bukannya memainkan isu perkauman.

"Kalau memainkan isu perkauman dan mengabaikan pentadbiran, ia bagaikan menggali kubur sendiri. Seandainya perbuatan irrelevant ini tidak diubah, dijadikan sebagai amaran, maka kita akan dikuburkan pada PRU ke-13. "

Oleh itu, Chiew menggesa agar parti komponen menekan "loceng amaran", menuntut agar UMNO berhenti mencungkil sensitiviti perkauman di media Melayu.

*Kenyataan media ini dikeluarkan oleh Chiew Lian Keng, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, dalam bahasa Cina.

Monday, August 24, 2009

ADUN LUNAS Keluar PKR..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog puteri..Hari ini telah masuk hari ke tiga kita menjalani ibadah bulan Ramadhan.. hari ini juga di dada akhbar melaporkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Lunas telah keluar dari PKR..Ini bermakna ADUN Lunas adalah ADUN BEBAS.Beliau telah hilang kepercayaan terhadap perjuangan PKR..Pemangku ketua Bahagian, Jamaludin Abu Hassan pula mengumumkan pembubaran PKR Padang Serai yang disokong oleh 14 orang ahli jawatankuasa bahagian..Yang best nya, dia menyeru kepada PKR Bahagian-bahagian yang lain agar membubarkan parti tersebut..Puteri memandang positif terhadap perkara ini.. Rakyat seharusnya bijak menilai perjuangan yang dilakukan oleh PKR..adakah benar-benar untuk bangsa Melayu?Atau kepentingan peribadi pemimpinnya semata-mata..

ADUN PKR keluar parti

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


# ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Kedah, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.

Beliau tidak melepaskan jawatan sebagai Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri.

# PKR Padang Serai dibubar. 200 ahli bertindak keluar parti.

# Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah hari ini untuk memaklumkan permintaan PKR supaya ADUN Lunas digugurkan daripada jawatan Exco.

# Bekas ahli PKR mendakwa kekecohan melibatkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Isnin lalu, dibuat atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Padang Serai termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh (gambar) hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu.

Mohd. Radzhi yang kini menjadi wakil rakyat Bebas serta ahli parti lain mengisytiharkan berbuat demikian setelah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan selain menganggap perjuangan PKR kini tidak lagi seiring dengan matlamat asal penubuhannya.

Serentak dengan itu, PKR Bahagian Padang Serai turut dibubarkan setelah mendapat sokongan semua 14 ahli jawatankuasa bahagian terbabit.

Keputusan pembubaran bahagian itu diumumkan oleh pemangku ketua bahagiannya, Jamaludin Abu Hassan dalam satu sidang akhbar pada pukul 11 pagi di sebuah hotel di sini hari ini.

“Sempena Ramadan, bulan yang mulia ini, saya ingin mengumumkan pembubaran PKR Bahagian Padang Serai berkuat kuasa serta-merta dan keluar parti. Tindakan saya ini disokong semua 14 ahli jawatankuasa bahagian.

“Amat menyedihkan, PKR tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi dan pemimpin-pemimpin atas pula hanya pandai bersandiwara dan bermain politik peribadi,” katanya.

Jamaludin turut menyarankan rakan-rakannya di bahagian lain di seluruh negara mengikut langkahnya, memandangkan perjuangan asal PKR tidak lagi relevan dan berkepentingan rakyat.

Dalam pada itu, Mohd. Radzhi yang membuat keputusan mengejut tersebut memberitahu, beliau bagaimanapun tidak melepaskan jawatan selaku ahli Exco kerajaan negeri Kedah dan portfolio Pelancongan, Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia.

“Saya tak letak jawatan Exco kerana itu hak Sultan Kedah, kalau Sultan suruh saya letak, saya baru letak,” katanya yang menyertai PKR sejak 1998.

Tambahnya, beliau akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasannya di samping memberi sokongan penuh kepada kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Mohd. Radzhi, beliau merasakan hala tuju PKR sudah berubah secara drastik dan tidak lagi seperti diperjuangkan ketika menyertai PKR yang sebelum itu adalah Parti Keadilan Nasional, 11 tahun lalu.

Jelasnya, beliau sebelum ini bangga menyertai PKR kerana perjuangannya menjurus kepada usaha membantu, membina kekuatan dan jati diri serta menguatkan ekonomi orang Melayu.

“Namun semenjak PKR berjaya menguasai dan memerintah beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu (2008), saya lihat hala tuju parti telah berubah. Ia menjurus kepentingan peribadi pula, orang yang bekerja kuat untuk pucuk pimpinan parti pula diketepikan.

“Pada mulanya saya masih bertahan dan menyangka akan ada perubahan, tetapi kini saya sudah tidak boleh sabar dan ambil keputusan tinggalkan parti,” katanya.

Mohd. Radzhi juga menafikan beliau telah ‘dibeli’ untuk menyertai parti lain.

“Kalau dah kena ‘beli,’ mestilah sudah masuk parti yang ‘beli’ saya. Saya sekarang cuma keluar parti dan masuk parti Bebas. Parti Bebas pun politik juga,” tegasnya yang tidak merancang untuk menyertai parti lain.

Saturday, August 22, 2009

Isu Masuk Syurga


Rakan-rakan seangkatan seperjuangan.. Baru-baru ini Nik Aziz telah membuat kenyataan di Permatang Pasir bahawa penyokong UMNO TIDAK AKAN MASUK SYURGA. Puteri hairan, bagaimana seseorang yang digelar sebagai 'Tok Guru' boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa. Selayaknya, sebagai seorang 'Tok Guru' beliau menjadi contoh kepada orang lain..Bukankah Allah SWT sahaja yang ber HAK untuk menentukan nasib setiap hambanya? Siapakah beliau untuk meletakkan nasib seseorang itu? Bagaimana pula pengikut-pengikut PAS ini boleh menerima perkara ini begitu sahaja?? Sokong PAS terus dapat masuk syurga?? Puteri rasa tercalar dengan kenyataan beliau..Kita ni sebangsa..seagama..Apa bangsa lain dan yang beragama lain akan fikir ? Berikut adalah keratan-keratan akhbar yang Puteri selitkan.. Semoga kita dapat timbang2kan dan fikir2kan..


Isu masuk syurga: Transkrip kenyataan Nik Aziz

KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.

Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’


Nik Aziz pertikai Jawatankuasa Muzakarah

KOTA BHARU 20 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya mengenai penyokong UMNO tidak masuk syurga kerana ia dibuat tanpa mendapat penjelasan beliau terlebih dahulu.

Beliau menyifatkan jawatankuasa tersebut sebagai tidak profesional dan keputusan itu telah dipengaruhi oleh pihak lain.

Pada masa sama, Menteri Besar Kelantan itu tetap berpegang dengan pendirian bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga disebabkan parti tersebut memisahkan agama dengan politik.

"Dia (Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan) dengar laporan daripada akhbar saja. Kenapa tidak tanya saya dulu, tak betul kerja dia tu, tidak profesional dan dipengaruhi oleh benda lain.

"Tak payah (jumpa jawatankuasa itu), dia nak penjelasan, dia beri surat kepada saya, kalau dia datang lebih baik. Saya bersedia bila-bila masa untuk memberikan penjelasan kepada mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin yang disiarkan media hari ini.

Jawatankuasa itu memutuskan kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa sesiapa yang menyokong UMNO tidak akan masuk syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Ia selaras dengan ketetapan yang dibuat oleh jawatankuasa itu pada tahun 2000 iaitu ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak akan berhenti untuk mengeluarkan kenyataan walaupun mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Selagi orang kacau saya, saya akan terang sampai dia puas hati. Dia nak terima atau tak, dia punya pasal. Kalau tak kena atau tak puas hati tanya saya, jangan tanya surat khabar.

"Apa yang orang nak kata pada saya katalah tetapi apa sudahnya, biarlah ada hujah, kalau betul saya terima. Kalau tak betul saya anggap mengumpat, saya tengok sebanyak mana jawapan surat khabar tidak ada hujah, saya nak tumpang ilmu pun tidak boleh," katanya.

Beliau bagaimanapun bersetuju bahawa yang menentukan jalan syurga atau neraka ialah Allah.

"Yang menentukan jalan syurga dan neraka ialah Allah dan yang memberitahu kepada kita ialah nabi dan apabila nabi mati tugasnya disambung oleh alim ulama.

"Saya bukan menentu syurga dan neraka yang menentu ialah Allah. Saya cuma penyambung tugas Nabi Muhammad SAW," katanya.

Friday, August 21, 2009

Jenguk2.. Pantau2.. :)

Selamat Hari Jumaat kepada semua pengunjung Blog Puteri pada hari ini.. Hari ini saya ambil inisiatif untuk menyenaraikan seberapa banyak blog @ website yang ada di dalam laman Blog Puteri ini..Saya rasa tak terlarat la karang kalau nak tengok satu demi satu blog2 yang ada tuh..walau bagaimanapun, saya rasa perkara ini penting kerana memudahkan kita untuk melihat apakah isu yang disuarakan oleh semua pihak..tak kira la..blog dari sahabat seangkatan dalam puteri atau pihak pembangkang.. ianya lebih memudahkan kerana u all semua tak perlu la nak gi search satu persatu.. betul tak?? so, THANKS TO ME... :d

Thursday, August 20, 2009

Selamat Beribadah DI Bulan Ramadhan



Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam mengucapkan Selamat Melaksanakan Ibadah Dalam Bulan Ramadhan.. Marilah kita bersama-sama merebut peluang 'karnival' mengumpulkan pahala..

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Wednesday, August 19, 2009

Jom Pasang Langsir :)






JOM! Pasang langsir.. nie la antara program yang dilaksanakan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam dalam siri Program Menyusur Akar.. Thanks to Lili yang telah sudi untuk membantu menjahit langsir..dia memang pro bab menjahit nie.. Maka, bila langsir dah siap dijahit.. kami ke kediaman Puan Salmah di Kampung Cahaya Baru, Ayer Hitam. Rumahnya baru saja siap dibaik pulih..dan kami menyerikannya dengan langsir baru..Kami juga ada membawa sedikit barang-barang keperluan dapur..Semoga ia memberi kegembiraan kepada beliau sekeluarga, walaupun sumbangan kami tak seberapa..

Ziarah Kasih

Kebajikan merupakan salah satu aspek yang diberi tumpuan oleh UMNO Bahagian Ayer Hitam.Justeru, pada 10 Mei 2009 Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam bersama-sama Biro Kebajikan UMNO Bahagian Ayer Hitam telah mengadakan program Ziarah Kasih sempena ulang tahun UMNO pada 11 Mei. Sedikit sumbangan telah dihulurkan sebagai tanda ingatan dan salam ukhwah kepada mereka yang memerlukan. Ia telah menimbulkan seribu keinsafan kepada Pergerakan Puteri bahawa di sebalik pembangunan yang berlaku di P.148 Ayer Hitam, masih lagi terdapat golongan yang susah seperti Ibu Tunggal, Warga Tua dan yang menghadapi masalah kesihatan. Mereka memerlukan bantuan kita. Insaflah rakan-rakan Puteri bahawa jika kita berada dalam kesukaran, ada lagi orang lain yang lebih susah daripada kita.


Tuesday, August 18, 2009

Perasmian Mesyuarat Kelompok UMNO Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda & Puteri UMNO Cawangan





UMNO Bahagian Ayer Hitam sekali lagi melakarkan sejarah dengan terlaksananya Majlis Perasmian Mesyuarat Secara Berkelompok UMNO Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan-cawangan. Majlis disempurnakan oleh YB. Dato' Seri Haji Mohd. Shafie Bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.Di dalam ucapannya YB. Dato’ Seri mengucapkan ribuan terima kasih kepada UMNO Bahagian Ayer Hitam di atas kesudian menjemput beliau untuk merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Cawangan-Cawangan Berkelompok UMNO Bahagian Ayer Hitam. Ini merupakan kali pertama beliau sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia merasmikan Mesyuarat UMNO Cawangan Berkelompok. YB. Dato’ Seri juga menyatakan bahawa beliau turut menjalankan tugas dan bertanggungjawab sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah. YB. Dato’ Seri turut berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan sebaik mungkin. Beliau menyatakan bahawa dengan adanya sokongan dari ahli-ahli UMNO khususnya UMNO Bahagian Ayer Hitam maka beliau dapat mencapai kedudukan seperti pada hari ini.

YB. Dato’ Seri juga mengucapkan tahniah kepada UMNO Bahagian Ayer Hitam kerana telah memainkan peranan sebagai jentera parti sehingga memenangkan calon-calon Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum yang lalu. YB. Dato’ Seri turut menyeru ahli-ahli UMNO untuk sama-sama bangkit bersatu dan bekerja supaya perjuangan dapat ditingkatkan dan dikukuhkan. Beliau juga berharap agar rakyat dapat menjiwai Gagasan Satu Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia demi kepentingan bangsa dan Negara.

Peringatan diberikan kepada ahli-ahli UMNO agar tidak memandang ringan segala cabaran yang sedang dan akan dihadapi oleh Parti. Beliau turut berharap agar ahli-ahli UMNO mengambil iktibar apa yang berlaku di negeri Perak. Beliau yakin UMNO tidak akan berkubur sekiranya ahli-ahli UMNO bersatu dan berjuang dengan ikhlas. Jangan hanya mementingkan kedudukan dan pangkat sahaja kerana tanpa kedudukan dan pangkat, kita masih boleh menyumbang. Sesungguhnya, Allah SWT akan memberikan ganjaran kepada hambanya yang ikhlas

YB. Dato’ Seri juga memaklumkan bahawa kementerian telah membelanjakan peruntukan yang besar dalam penyediaan prasarana untuk masyarakat Luar Bandar. Namun, beliau mengingatkan bahawa bukan sahaja pembangunan infrastruktur dan prasarana sahaja yang perlu diberikan penekanan, namun apa yang lebih penting adalah pembangunan Modal Insan itu sendiri.

Mesyuarat Kali Pertama
















11 Januari 2009, Pergerakan Puteri UMNO Bahg. Ayer Hitam telah bermesyuarat buat kali pertama bagi tahun 2009 setelah pemilihan telah selesai dilaksanakan. Semua Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri Bahg. telah mengangkat sumpah dan beraku janji.. Amanat dari YB Datuk Samsolbari Bin Jamali, Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam telah disampaikan. Semoga barisan kepimpinan Pergerakan Puteri yang baru dapat melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Ia merupakan amanah yang telah diberikan oleh ahli-ahli di peringkat cawangan. Sebagaimana pesanan YB Datuk, ianya bukan lagi sebagai satu tugas sukarela tetapi merupakan satu perkara WAJIB yang harus dilaksanakan kerana masing-masing sanggup untuk memegang jawatan tersebut. Jangan banyak berdalih dan beralasan.. Semoga Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam terus mencipta kecemerlangan..



























Pada 29 Jan 2009 Pergerakan Puteri UMNO Bahg. Ayer Hitam bersama Biro Kebajikan UMNO Bahg. Ayer Hitam telah menjalankan program Kutipan Dana Kemanusiaan Palestin di Pasar-Pasar Malam di seluruh Parlimen Ayer Hitam. Terima kasih diucapkan kepada semua insan-insan mulia tanpa mengira kaum yang telah menghulurkan sumbangan. Sesungguhnya, rakyat Parlimen Ayer Hitam turut merasai penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin akibat kekejaman Rejim Zionis..