Wednesday, January 13, 2010

UMNO Memang JUARA RAKYAT

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Posting pada kali ini, puteri nak kongsikan satu kenyataan di dalam http://www.malaysiakini.com yang dikeluarkan oleh Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang mempersoalkan peruntukan program Juara Rakyat yang telah dilancarkan di Bukit Beruntung baru-baru ini. Dia macam sakit hati jer bila UMNO lancarkan program nie..Tergelak bila membacanya.. Meh kita kongsi bersama..


Umno diminta jelas pembiayaan Juara Rakyat
Salhan K Ahmad
Jan 13, 10
12:51pm

PAS meminta Umno menjelaskan sumber peruntukan untuk membiayai pelancaran program Juara Rakyat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hujung minggu lalu.

Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata penjelasan tersebut dapat mengelak tanggapan bahawa wang rakyat disalahgunakan bagi kepentingan politik parti Umno.

Program Juara Rakya titu dilancarkan Najib yang juga perdana menteri di Tapak Ekspo Bandar Bukit Sentosa di Hulu Selangor.

Mahfuz berkata, Umno perlu menjelaskan bahawa keseluruhan program itu dibiayai dengan sumber kewangannya sendiri.

Katanya, ia termasuk peruntukan berjumlah RM15.6 juta bagi membaiki sebuah pangsapuri di kawasan berkenaan.

"Umno kena jelaskan kepada rakyat bahawa semuanya projek dan program Umno dalam siri kempen Juara Rakyat adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera Umno sendiri," kata Mahfuz dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sekiranya perkara itu dapat dijelaskan, maka barulah Umno boleh mendabik dada sebagai juara rakyat, seperti yang diuar-uarkan.

"Kalau tidak mereka hanya jadi juara menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik Umno yang kian pudar dan mulai pupus," katanya lagi.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena turut mempertikaikan peruntukan untuk membaiki pangsapuri itu yang disalurkan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

"Adakah gaji pegawai ICU untuk projek ini dibayar oleh Umno. Begitu juga dengan program dan projek-projek lain, apakah mereka tidak membabitkan wang negara dan jentera kerajaan?

"Persoalannya ialah kalau Umno hendak mengaku mereka juara rakyat, adakah program dan projek yang mereka buat dalam kempen Umno juara rakyat menggunakan wang, tenaga, kepakaran dan lainnya dari Umno sendiri?

"Datuk Seri Najib mengumumkan peruntukkan RM15.6 juta untuk membaiki bumbung (pangsapuri di Taman Bukit Sentosa). Adakah ini duit dari tabung Umno atau duit negara yang merupakan duit rakyat?" soalnya lagi.

Tuesday, January 12, 2010

Isu Penggunaan Kalimah Allah - Patuhilah Titah SPB Yang diPertuan Agong

Istana Negara Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BERHARAP RAKYAT BERTENANG DALAM MENANGANI ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH


Kuala Lumpur, 8 Januari – Adalah dimaklumkan bahawasanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mengambil perhatian serius terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sehubungan itu Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong menitahkan semua pihak agar sentiasa menghormati kesucian ajaran dan kedudukan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan Malaysia. Bagi menjamin suasana aman dan harmoni di antara penganut yang berlainan agama, maksud dan rujukan kalimah ALLAH dalam konteks umum hendaklah menepati sifat yang ditetapkan oleh Islam kerana amalan ini sekian lama telah diterima baik oleh semua penganut agama lain di Malaysia. Baginda amat berharap agar semangat perpaduan dan hormat-menghormati antara kaum dan agama yang menjadi tunjang kekuatan negara ini sentiasa dijaga.

Memandangkan pihak Kerajaan sedang mengambil langkah-langkah yang perlu berbangkit daripada keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini maka Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga turut menzahirkan harapan Baginda agar semua pihak terutamanya orang-orang Islam agar bertenang. Baginda juga menitahkan agar semua pihak saling menghormati semua tempat ibadah tanpa mengira agama.

Tuesday, January 5, 2010

Selamat Tahun Baru 2010



Hari nie masuk hari kelima 2010.. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam.. Semoga segala azam yang ditanamkan oleh saudari akan tercapai.. mana-mana azam tahun lepas yang tak tercapai..usahakan lagi pada tahun nie.. jangan patah semangat.. Bagi kami dalam pergerakan puteri pula, berazam untuk lebih giat menabur khidmat bakti.. kami akan meningkatkan usaha untuk menambahkan jumlah keahlian dan memastikan ahli-ahli puteri yang telah layak untuk mendaftar sebagai pemilih..Pelbagai program di peringkat akar umbi juga akan dilaksanakan mengikut zon-zon dan sasaran tertentu.. Usaha-usaha ini akan digembeling bersama Pergerakan Wanita dan Pemuda..Insyaallah..Semoga segala usaha yang kami rancangkan ini akan terlaksana.. amin..